Akhirnya terlunas juga kemahuan untuk menonton filem Johnny English Reborn (JER)! (tepuk tangan) Malam tadi saya p tgk filem ni dgn Azrin, Teha, Achoi, Ilul & Sera di Growball, CP. Jauh kami mengembara dari Sepanggar ke KK semata-mata untuk tgk filem ni. Those yang tau keberadaan GSC 1 Borneo mesti bingung2 kenapa kami p KK sedangkan blh tgk d GSC kan? Well, utk pngetahuan semua, sudah 2 malam kami mau tgk filem ni di 1 Borneo tp smua seat suda kena beli.
Bayangkan la hari ahad tu betapa hampanya kami bila mau tgk JER tp last2 tgk cerita lain sebab teda seat yg available. Last2 kamii tgk filem Raya Tak Jadi. Memang kelakar juga la tapi, sumpah sepanjang dalam panggung tu sy asyik terfikir-fikir pasal JER!
Tanpa putus asa, kami cuba lg tgk d GSC kalau ada seat available semalam. Dengan hampanya si Teha merangkap adik saya bagitau yang semua suda full. Oleh kerana GSC 1B tu teda midnight show mungkin sbb tu la setiap last show full kan. So kami pun decided mau tgk cerita lain. Tetiba kami dapat alternative lain iaitu tgk di Growball CP. Thank god sana masih ada midnight show utk JER. So dapat la kami tgk.
Saya sangat terhibur dengan cerita ni. Awal-awal lagi suda bikin ketawa. Jarang-jarang (atau mungkin x pernah) sy ketawa kuat2 dlm panggung tp kali ni x dapat tahan lg. KETAWA BERABIS MACAM NDA INGAT DUNIA. Tapi nda juga terlawan ketawa si Teha la @@''
Rowan Atkinson memang sebati suda dengan watak Mr. Bean kan so memang nda blh serius la. Ada jak benda yang boleh dikira agak bodo yang dia buat tapi bikin ketawa sampai sakit perut. Even lawak2 yang typical pun saya masih boleh ketawa. Ada scenes yang predictable tapi still bikin ketawa.
Jadi, konklusinya?? Siapa yang x tgk filem ni mmg rugi. Siapa yang suda tgk filem ni tp cakap 'biasa-biasa jak', 'x lawak pun' or 'boringnyaaa', memang ada masalah mental yang kronik dan saya advice supaya kamu p cek sama Dr. pakar. Sekian dan terima kasih :D
spoiler alert: paling bikin panas la watak macik tua rambut putih tu!
No comments:
Post a Comment